30 Disember 2008

Minah2 Vietnam bersama Kulit2 Kering Mereka...

Apa yang korang akan buat kalau org yang duduk di sebelah korg (gambarkan situasi di dalam tren) mengetis2 serpihan kulit2 kering di bibirnya dengan jari kat korang????HANGIN kan???Terasa nak sepak barang se-das dua kan...ok2, aku cerita dari mula..

Semalam, when i was on my way from Seremban to Segambut, adelah 3 orang malaun ni..orang ape ntah..Vietnam kot..2 perempuan, 1 laki..memang sungguh hampeh mereka2 ini..yg sorang (perempuan) duduk sebelah aku, another 2 mangkuk hanyun ni duk depan aku..dorang ni memang buat tren tu mcm rumah dorang la..dorang rasa selesa sangat2 (padahal yg kat sebelah2 ni dah mula rase hangin dah)..buat seats kat tren tu mcm sofa kat rumah dorang je tau..mungkin dorang lupa kot yang dorang ni tengah guna public transpot..mungkin dorang membayangkan yang dorang tengah lepak2 kat sofa sambil tengok tv layan cerita Raja Lawak musim ke-3...Minah depan aku ni dengan sebelah kaki kat atas seats..mengangkang pulak tu, mula mengopek2 kulit2 kering kat tumit kaki dia yg merekah tu..(tekak aku kembang dah ni weh..)..maka kulit2 kering itupun berguguran ke lantai...(dah boleh buat lirik lagu ni..) Dapat dilihat dgn jelas kulit2 kering itu bertaburan walaupun aku tak pakai aku punya spectacular (maksud aku spek)...

Sudah la tu, sisa kulit kering tu kalau dibiarkan semuanya jatuh menyembah lantai takpe jugak, ada separuh tu dia ketis2 sampai tercampak kat orang sebelah dia..kesian akak tu..nampak muka dia memang tensen teramat2..mungkin akak tu penyabar orangnya..diamkan je..simpan dalam hati..Tak puas lagi tu, dorang potong kuku pulak kat situ (maybe nak potong sebelum keluar rumah tapi tak sempat) laki & perempuan tu sibuk potong kuku masing2, berlumba2 sapa siap dulu kaedahnya..tak cukup 10 jari tangan sambung pulak 10 lagi jari kaki..budussss...

Aku yg asyik kesiankan kat orang tu pun rupanya senasib..yg sebelah aku ni, bila kawan dia stim kopek kulit kering kat kaki, perasaan nak bersaing tu terlalu tinggi agaknya..dia pun nak jugak..dia mula la mengopek2 kulit2 kering kat bibir dia tu..(nak kopek kulit kat tumit, maybe tumit tak kering kot), pastu kulit kering tu diketis2nya kat aku..DIULANGI AKU...!!!what a ****...mula2 aku tak perasan, tp bila akak yg teraniaya tadi pandang aku semacam je (seolah2 memberi signal bahawa malapetaka bakal muncul melalui pandangan mata dia), baru la aku perasan..memang malapetaka betul la..adelah dalam setengah jam dia mengopek2 kulit kering kat bibir dia tu (dengan harapan bibir dia akan jadi mulus & mungil la tu ..bueekkk)...tp aku pun macam akak teraniaya tu jugak..diamkan je..simpan dalam ati..nak ikutkan memang nak je aku siku muka minah tu..tp mcm biasa la aku ni...kalau marah kan aku ni diam je..so, kesudahannya camtu jelah..

so,takde beza aku dengan akak teraniaya tu..marah pun..diamkan je....

Sebelum terlupa, nak tambah dalam wish list 2009 ~ nak tegas lebih lagi, lagi & lagi..

sekian, jumpa lagi di lain siaran

Tiada ulasan: