30 Disember 2008

Minah2 Vietnam bersama Kulit2 Kering Mereka...

Apa yang korang akan buat kalau org yang duduk di sebelah korg (gambarkan situasi di dalam tren) mengetis2 serpihan kulit2 kering di bibirnya dengan jari kat korang????HANGIN kan???Terasa nak sepak barang se-das dua kan...ok2, aku cerita dari mula..

Semalam, when i was on my way from Seremban to Segambut, adelah 3 orang malaun ni..orang ape ntah..Vietnam kot..2 perempuan, 1 laki..memang sungguh hampeh mereka2 ini..yg sorang (perempuan) duduk sebelah aku, another 2 mangkuk hanyun ni duk depan aku..dorang ni memang buat tren tu mcm rumah dorang la..dorang rasa selesa sangat2 (padahal yg kat sebelah2 ni dah mula rase hangin dah)..buat seats kat tren tu mcm sofa kat rumah dorang je tau..mungkin dorang lupa kot yang dorang ni tengah guna public transpot..mungkin dorang membayangkan yang dorang tengah lepak2 kat sofa sambil tengok tv layan cerita Raja Lawak musim ke-3...Minah depan aku ni dengan sebelah kaki kat atas seats..mengangkang pulak tu, mula mengopek2 kulit2 kering kat tumit kaki dia yg merekah tu..(tekak aku kembang dah ni weh..)..maka kulit2 kering itupun berguguran ke lantai...(dah boleh buat lirik lagu ni..) Dapat dilihat dgn jelas kulit2 kering itu bertaburan walaupun aku tak pakai aku punya spectacular (maksud aku spek)...

Sudah la tu, sisa kulit kering tu kalau dibiarkan semuanya jatuh menyembah lantai takpe jugak, ada separuh tu dia ketis2 sampai tercampak kat orang sebelah dia..kesian akak tu..nampak muka dia memang tensen teramat2..mungkin akak tu penyabar orangnya..diamkan je..simpan dalam hati..Tak puas lagi tu, dorang potong kuku pulak kat situ (maybe nak potong sebelum keluar rumah tapi tak sempat) laki & perempuan tu sibuk potong kuku masing2, berlumba2 sapa siap dulu kaedahnya..tak cukup 10 jari tangan sambung pulak 10 lagi jari kaki..budussss...

Aku yg asyik kesiankan kat orang tu pun rupanya senasib..yg sebelah aku ni, bila kawan dia stim kopek kulit kering kat kaki, perasaan nak bersaing tu terlalu tinggi agaknya..dia pun nak jugak..dia mula la mengopek2 kulit2 kering kat bibir dia tu..(nak kopek kulit kat tumit, maybe tumit tak kering kot), pastu kulit kering tu diketis2nya kat aku..DIULANGI AKU...!!!what a ****...mula2 aku tak perasan, tp bila akak yg teraniaya tadi pandang aku semacam je (seolah2 memberi signal bahawa malapetaka bakal muncul melalui pandangan mata dia), baru la aku perasan..memang malapetaka betul la..adelah dalam setengah jam dia mengopek2 kulit kering kat bibir dia tu (dengan harapan bibir dia akan jadi mulus & mungil la tu ..bueekkk)...tp aku pun macam akak teraniaya tu jugak..diamkan je..simpan dalam ati..nak ikutkan memang nak je aku siku muka minah tu..tp mcm biasa la aku ni...kalau marah kan aku ni diam je..so, kesudahannya camtu jelah..

so,takde beza aku dengan akak teraniaya tu..marah pun..diamkan je....

Sebelum terlupa, nak tambah dalam wish list 2009 ~ nak tegas lebih lagi, lagi & lagi..

sekian, jumpa lagi di lain siaran

Goodbye 2008, Welcome to 2009..!!!

wish list 2008:-

:: nak duduk umah sewa yg dekat sikit dgn ofis ~ misi tercapai ::
:: teringin nak pergi Genting Highland..(seumur hidup belum pernah pergi) ~ misi tercapai ::
:: Pergi Penang dengan Ekspres Rakyat (KTM) ~ misi tercapai ::
:: cuti2 Malaysia kat Cameron Highland ~ misi tercapai ::
:: beli katil ~ misi tercapai ::
:: beli handphone baru yg lebih advance dari sebelum ni (atleast ada 3G) ~ misi tercapai ::
:: tukar my spectacular (maksud aku spek) ~ misi tercapai ::
:: beli jam baru ~ misi tercapai ::
:: lancarkan edisi jalan2 ke Melaka ~ misi tercapai ::
:: tukar haruman baru (Escada S) ~ misi tercapai ::
:: daftar ke Driving Skool ~ misi tercapai ::
:: bayar study loan ~ misi masih belum terlaksana ::
:: menjadi anak yg lebih bertanggungjawab ~ misi sedang dilaksanakan ::

Kesimpulannya : mostly azam & keinginan aku dapat dicapai dengan jayanya...

kejadian2 menyedihkan ..sob..sob.. :-

:: gelang pemberian mak hilang ::
:: Jejaka Idaman accident ::

------------------------------------------------------------------------

wish list 2009 : -

:: nak dapatkan lesen kereta ::
:: beli kereta (fix asset)..tu pun kalo misi yg atas ni tercapai ::
:: beli peti sejuk & tv (fix asset) ::
:: kursus kat Sarawak/Sabah (boleh dapat ke?) ::
:: buang sikap2 yg sungguh negative.. ::
:: more productive (ngeeee..) ::
:: melancarkan edisi jalan2 ke Langkawi ::
:: buat saving byk sikit memandangkan dah ada yg sudi bagi tabung..hehe.. ::
:: tambah kilo dalam berat ::
:: lebih bertanggungjawab kepada Yang Maha Esa, Ibu Bapa, Bangsa & Negara.. ::
:: dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg sempurna ::
:: cinta direstui..(terasa ingin menangis) ::

Insya'allah..there's a will, there's a way..!!!

jumpa lagi di lain siaran...

24 Disember 2008

Ucapan Sekali Harung : Thanx & Happy New Year!!!

Since semua rajin bukak blog aku ni (khas utk pembaca2 budiman), sempena Birthday aku aritu, aku nak ucap jutaan terima kasih la kat insan2 seperti berikut:

1 - Jejaka Idaman : u rock my world!!!!
2 - Supplier Nasi Berlauk / Hazliha : thanx for the Gila Gedabak Mug..saje je nak bagi aku gemuk air kan???takde yg lebih besar lg ke???size timba punya..
3 - Kak Farihah : hehe..bagi tabung ni ade makna yg sungguh mendalam ni...
4 - semua yg wish kat aku masa birthday hari tu..wish2 yg tercicir dari tarikh sebenar pun aku tetap hargai...(masih ade yg wish walaupun dah lewat banyak hari)..anyway,thanx...
5 - Aku : mesti ada penghargaan utk diri sendiri...sebab berjaya mendapatkan apa yg dihajati / azam sebelum wat wish list yg baru..ngeeeee...

So, apa agaknya azam2 baru korang sempena nak menyambut tahun baru ni???Nak masuk tahun 2009 dah..terasa kejap je masa berlalu...gila!!tahun depan aku dah semakin tua...arggghhh..apapun azam tahun baru korang aku harap korang dapat apa yg korang hajati & dapat laksanakan dengan jayanya...Teringat plak masa zaman study dulu..time new year je mesti sibuk g sambut kat Bukit Bintang..siap overnight kt tepi jalan tu..(aku pun kurang pasti apa yg best sangat kat sana, dengan budak punk / skin bersepah2 siap gaduh lg..) tp sekarang dah stop dah wat aktiviti2 camtu..dah insap..dah terima hidayah kaedahnya...Alhamdulillah..sambut kat rumah jelah..

Tak kira korang kat mana & bagaimana cara sambutannya, aku nak ucap:

"Happy New Year & Selamat Menyambut Awal Muharram.."

Jumpa lagi di lain siaran..

22 Disember 2008

Bukan Ungu tapi Sa Nusa

Kalau sebelum ni aku suka melayan lagu2 yg biasa kedengaran di corong2 radio untuk santapan telinga aku hari2, kini semua sudah berubah semenjak beberapa hari yg lalu..setiap hari aku akan melayan rakaman video yg aku ambil masa sambutan hari jadi yg aku kira paling terindah setakat ini dalam hidup aku..Rakaman nyanyian dari band Sa Nusa yg menyanyikan lagu 'Tercipta Untukku' itu akan aku ulang tayang utk beberapa kali dalam sehari..sebelum ni bila aku dengar band asal Ungu yg nyanyi lagu tu aku rasa biasa je..(mungkin sebab lagu tu bukan ditujukan utk aku pun)..tp bila Sa Nusa menyanyikan khas utk sambutan birthday aku hari tu aku dah macam mengalami kegilaan terhadap lagu ni..hari2 wajib dengar..nasib baik masa dorang nyanyikan birthday song tu aku tak rakam..kalau tak mesti lagu 'Selamat Hari Jadi' akan menjadi santapan telinga dalam hidup aku hari2..har,har,har..sengal kan???

"Tercipta Untukku"

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Edisi : Keluh ~ Kesah

:: sigh!!! ~ internet sejak pagi lagi dah buat hal, grrrr.. ::
:: sigh!!! ~ mengambil alih tugas menjaga Big Boss..(PA dia cuti la plak di hari Isnin yg membosankan ni).. tak nak duk kat bilik PA tu..bukan ada sebarang hiburan pun..nak2 lagi internet bengong..kalau ada games atau mp3 ok gak kan.. ::
:: sigh!!! ~ kerja agak banyak (kerja yg leceh2 plak tu) ::
:: sigh!!! ~ Jejaka Idaman pun macam busy (kes terabai la ni) - bosan ::
:: sigh!!! ~ Kawan baik a.k.a Supplier Nasi Berlauk cuti hari ni..(adoiiiii, nape la suka cuti hari isnin???) ::
:: sigh!!! ~ tiba2 terasa rindu kat boss (jgn lupa boss, belikan barang satu dua tshirt edisi perlancongan kat Yogyakarta tu...), buekkk.. ::
:: sigh!!! ~ handphone asik hang lately..terasa nak baling ke lantai dari tingkat 4 je ::
:: sigh!!! ~ rumah banyak semut (menci betul la..) ::
:: sigh!!! ~ garis2 usia sudah mula kelihatan, wuuuuuuu.. ::
:: sigh!!! ~ macam tak percaya je umur aku dah meningkat hari ni..hoh????dah 25????? teringat ayat keramat mak, "abang2 ko umur 25 dah kawin dah") errrr...baik aku cepat blah..sebelum lg panjang ayat2 tu disambungkan..::

19 Disember 2008

Satu Malam Yang Indah - Candle Light Dinner



Harap maaf : Kualiti audio & visual kurang memuaskan akibat tidak menggunakan kamera berteknologi tinggi..sekadar kamera yg boleh berdering sahaja...sayang sekali kan..detik2 bermakna dalam hidup tak dapat dirakamkan dgn keadaan sempurna..
Tak apelah..yg penting aku sangat bahagia ketika ini...(beruntung sungguh dapat Jejaka Idaman yg romantik)..
to Jejaka Idaman: Thanx for everything...

17 Disember 2008

BOSAN TAHAP GABAN...!!!

Beberapa perkara utk diketahui..

:: mata ~ a bit sleepy today..but still hot in smokey eyes..(buekkk)
:: mulut ~ terasa bosan - macam nak kunyah sesuatu (Ha, tolong refill kerepek ubi berperisa ni)
:: hidung ~ gatal2 (angkara resdung kah????)
:: telinga ~ non-stop layan Katy Perry/Sara Bareilles/Jordin Sparks/Leona Lewis/Jason Mraz from 8.00 to 5.00
:: perut ~ 12.00 already..patut la terasa lapar
:: otak ~ keep thinkin' about my Jejaka Idaman/lauk pauk ape yg ade kat cafe arini
:: kaki ~ wish if i can go for shopping right now..masih ada hajat yg tak tertunai..dasar perempuan tak kenal erti puas
:: jari ~ mengetuk2 huruf di keyboard tanpa hala tuju..gila hape??

-----------------------------------------------------------------------------

:: akak kejiranan 1 ~ keluar..ada hal (pelik dgn dia ni..busy manjang walaupun takde keja)
:: akak kejiranan 2 ~ sibuk ke hulu hilir...(yg ni betul2 busy..bukan dibuat2)
:: kawan baik ~ keluar pegi beli manik..(hohhhh????gila hape???sekarang time keja la weh
:: aku ~ bersendirian..kesunyian..buntu..bosannnnnnn


tujuan entry :: takde tujuan & mesej yg ingin disampaikan..saja buang masa korang baca entry aku ni..har,har,har...

jumpa lagi di lain siaran..

16 Disember 2008

Lelaki/Laki-Laki/Laki Idaman

Aku macam wanita2 normal kat luar sana...yg mempunyai keinginan & citarasa tersendiri dalam memilih LELAKI sebagai pasangan hidup..aku tak kisah sekiranya dikatakan menjengkelkan dalam citarasa berpasangan..citarasa aku bukan seperti wanita lain yg memilih Anuar Zain yg sering membuatkan wanita2 menjerit dengan wajah comel sebagai calon lelaki idaman, juga bukan Que Haidar yg begitu manis dgn tahi lalat di dagunya (seperti Siti Nurhaliza), apatah lg Tomok dari kumpulan Newboys yg pernah menjadi kegilaan ketika di zaman remaja..(maaf aku tak pernah terlibat langsung)..

Jika di tanya contoh2 serta citarasa yg bagaimana aku mahukan untuk pasangan aku tu, ye, aku akan tunjukkan..

Ini adalah spesis lelaki yg aku suka..Wentworth Miller gerangannya..atau dalam siri lakonannya - Prison Break sebagai Micheal Scofield..ye, aku sukakan lelaki seperti ini..maksud aku watak yg dibawa dalam cerita Prison Break ni..bukan secara peribadi ye..watak lelaki ini lebih menjurus ke arah keseriusan yg agak melampau..jarang2 aku tengok dia tersenyum dalam cerita ni..(camne la agaknya nak senyum..dalam penjara..mana ada org suka kan?)..setiap masa memikirkan camne nak lari dari penjara..keazaman yg tinggi, kecerdikan yg bukan main2..dan yg paling penting berkarisma..memiliki renungan mata yg tajam & berkepala botak memang cukup menjelaskan bahawa lelaki ini ada karakter nakal..aku suka tu..



Ni lagi satu spesis lelaki yg menjadi kegilaan aku..Chad Micheal Murray..wajah remaja yg baru cuba2 nak menyimpan janggut & jambang ni memang aku admire..watak yg biasa dibawakan pun tak jauh beza dgn watak Scofield..tp dia tak la seserius Scofield yg susah sangat nak tersenyum..dah tentu lelaki ini mampu tersenyum sementelah dia biasa berlakon dalam cerita2 yg ada kaitan dgn cinta & remaja..cuma aku rasa hidungnya kurang mancung..tak perlu adjust..aku tetap suka..



Alamak, siapa ni??yg berani2 membuat posing sebegini rupa???cuba menggoda aku?ye..memang aku tergoda dgn lelaki ini (bukan kerana posingnya)..lelaki bernama Paul Walker ni biase2 kita jumpa dalam Fast & Furious dan beberapa sambungan cerita2 tersebut..Apa yg aku suka dgn lelaki ini, raut wajahnya yg jambu & sentiasa manis..watak yg dibawakan kelihatan cool sangat..dalam menghadapi musuh pun masih boleh tersengih2..ada daya penarik dalam diri lelaki ini..(sekali lagi, maaf..bukan secara peribadi)

Tp walaubagaimana kacak & menawannya mereka2 ini, aku lebih suka dgn buatan tempatan..(menyahut seruan kerajaan), buatan tempatan yg aku tau hati budinya secara peribadi mahupun secara tak peribadi, yg aku tau mana asal usulnya, kualitinya..walaupun tidak memiliki mata setajam Wentworth Miller, se'charming' Chad Micheal Murray & tak semanis & se'cool Paul Walker, tp aku tetap memilih untuk menjadikan dia sebagai Lelaki Idaman..dah tentu dia yg aku maksudkan bukan Fahrin Ahmad atau Remy Ishak..jauh sekali Anuar Zain..(tolong la aku tak berminat dgn lelaki ini - tak habis2 dengan sendu & mendayu2)..

Aku sukakan lelaki yg bergerak secara lasak..memang jantan habis..panjat bumbung rumah (bukan nak curi piring astro rumah sebelah), tp membetulkan mana2 atap yg bocor..membaiki paip, membuat wiring di rumah sendiri, membuat rak utk koleksi bunga2 kesayangan mak, membuat pondok utk berehat2 di luar rumah & bermacam2 lg perkara jantan yg dilakukan..xmampu aku nak menyebutnya lg..jika disuruh makan belacan, ulaman2 & durian dah tentu takde masalah yg timbul..kalau disuruh menebas lalang kat kebun pun bukan menjadi hal pada dia..Jika nak balik berhari raya pun senang..tak perlu bergaduh nak balik raya kat negara mana dulu?kitorg sama2 org tempatan kan..

Jd, jelas sekali, inilah lelaki idaman aku..


Jumpa lg di lain siaran..

15 Disember 2008

Al-Fatihah..

Minggu lepas bila aku mula masuk pejabat setelah bercuti selama seminggu (termasuk Sabtu & Ahad), aku dikhabarkan satu cerita yang amat menyayat hati..baby yg dikandung akak sepejabat telahpun meninggal dunia..meninggal dalam perut kata orang..mungkin aku tak berapa faham apa yang dia alami, tapi kejadian seperti ini pernah terjadi dalam keluarga aku sendiri..mungkin mak aku faham apa yg akak tu alami..

Bayangkan, anak sulung (yakni arwah abang aku) yg mak aku lahirkan & besarkan sehingga berumur 6 tahun 'pergi' meninggalkan mak & abah disebabkan kemalangan terjatuh dalam kawah panas..kejadian berlaku semasa adanya kenduri kendara..abang mengikut nenek pergi ke kenduri tersebut..adatlah kanak2 yg tgh nakal..manalah nenek aku sempat nak jaga lg, nak tolong org kenduri lg..entah macam mana pun aku tak tau (mak aku tak nak cerita sangat) abang aku boleh termasuk dlm kawah yg berada belakangnya..masa kejadian takde org yg nampak..bila orang nampak masa tu abang aku dah parah..kulit & daging dah melekat dengan baju..

Aku pun kurang pasti berapa lama abang aku terlantar di hospital..tak lama sangat la..sebab lepas tu abang pergi menemui Illahi..aku masih ingat lagi mak bercerita sebelum abang meninggal macam2 yg dia mintak..nak coklat (tp xboleh makan), nak permainan dia (cuma sekadar peluk sahaja)..bayangkan la bagaimana penderitaan yg dia alami..dan bayangkan pula trauma yg mak & abah aku hadapi..mungkin aku tak terasa sedih sangat sebab aku masih belum lahir lg masa tu..tp agak terkilan..kalau dia masih hidup mesti dah ramai anak2 buah aku..dan umurnya sekarang mungkin dah lebih 35 tahun..dan bukan itu saja..aku sebenarnya mempunyai seorang kakak..tp dijemput Illahi juga (meninggal dalam perut kalau tak salah aku)..seronoknya kalau aku ada kakak kan??teringin juga nak merasa kasih sayang seorang kakak - macam org lain..seronok je aku tengok..kongsi2 baju, kongsi masalah, segala macam kongsi la..tp takpelah..semua tu ada hikmahnya..

Kejadian seperti ini juga terjadi pada kakak ipar aku..bila kandungan mencecah 6 bulan, ianya terpaksa digugurkan kerana membahayakan nyawa si ibu..kebetulan baby tu adalah anak sulung bagi abang & kakak..(mak & abang kehilangan anak sulung)

Aku mungkin tak faham apa yg dialami oleh akak sepejabat, mak & akak ipar..tp aku tau bagaimana perasaan mereka..bersabarlah..setiap yg terjadi ada hikmahnya..semoga arwah abang, kakak & anak buah aku akan membantu mak & akak di akhirat kelak..

Al-Fatihah untuk Arwah..

jumpa lg di lain siaran..

12 Disember 2008

Demam + Ulser + Sakit Sebulan Sekali..

::suhu badan masih lg panas::
::bersin tanpa henti::
::hidung mula berair::
::pening yg bukan dibuat2::
::badan semakin lemah::
::hilang selera makan::

plus..

::ulser semakin teruk::
::percakapan semakin sukar difahami::

plus...

::pinggang kejang::
::perut bagai dicengkam & dicucuk2::

What a day!!!sigh....3 jenis penyakit datang menyerang skali gus..

hari.raya.haji.yang.sempoi...

Hari Raya Haji yg lalu merupakan hari raya yang sempoi bagi aku...bayangkan, pagi2 raya tu baru kitorg (mak,makcik2 yg sempoi & sepupu yg budiman) sibuk masak2 utk juadah raya..Biasanya family aku (anak beranak Encik Basri) akan sibuk sehari sebelum raya..masak ketupat, buat rendang, & sebagainya...tapi tahun ni wat kelainan sikit..biasenya raya kat N9 lepas tu baru balik Johor..tp kali ni balik Johor terus..jadinya kitorg takde la wat ape2 persiapan selain daripada ketupat yg aku anyam tu je..(mcm tak percaya aku mampu anyam ketupat selain daripada mengumpat)..

Entah kenapa la nasib kitorg..sehari sebelum raya puas cari ayam nak buat juadah raya tp tak dapat..ayam abis la..kedai tutup la..tersalah tangkap ayam org la..sudahnya pagi2 raya baru dapat ayam..sebab tu kitorg agak sibuk memasak di pagi raya...mak & nenek yang sibuk2 nak pegi solat raya pun tak sempat..hujan pulak turun lebat gila sejak malam..rasa liat sgt nak bangun pagi raya tu..bangun2 tgk mak & makcik2 sibuk nak masak2..aku pun menyibukkan diri walaupun masih terasa sangap..

Bila semua dah siap masak..lepak2..kaum2 lelaki yang baru balik solat raya pun dah kuar balik g wat kerja2 mengorbankan lembu..yg kitorg kat rumah ni dari pagi sampai ke petang tak mandi..(hujan tak henti2, rumah atas bukit, angin tiup2 - sejuk!!!) kadang2 confused gak..ni hari raya ke????tp apsal semua tak mandi2..yg sambung tidur balik pun ade..(aku tak terkecuali)...apada..buat berat beg aku je bwk baju kurung bagai..kalau aku tau tak pakai baik aku tak payah bawak..sib baik baju raya tu aku dah rasmi dulu buat pegi opis..kalo nak tunggu pakai masa raya mesti terkilan abis...

kesimpulannye...mmg sempoi kan raya haji tahun ni???

sekian, jumpa lg di lain siaran...

Old Skool In Town...

Jumaat yg lepas cita2 nak amik cuti telah terlaksana...bagai dicita ulam mendatang..Jejaka Idaman pun tengah cuti..so aku ajak la g jalan2 kat Mid Valley..tp mcm biase la..bila dah ade yg jadi askar2 pengiring ni mesti la Jejaka Idaman tu dtg lambat kan?(memang aku suka)..yelah, mane nak tunggu askar2 bersiap lagi..mekap lagi..kilat kasut lagi..sudahnye aku yg sampai dulu kat Mid tu..(mmg janji jumpa kat situ je)..

Tanpa buang mase aku terus melancarkan serangan bertubi2 kat beberapa lot kedai yg memang siap sedia menjamu mata aku dgn perkataan SALE tu..kedai yg ade tulisan SALESGIRL WANTED pun aku masuk gak...asalkan ade perkataan SALE kat situ aku akan terjah..har,har,har,..kiranya bila Jejaka Idaman sampai aku dh abis shopping dh..konon2 nak suruh dia tlg decide la which one is much better (bertukar2 pendapat kan bagus)..tp sudahnye aku sendiri yg decide..lantak lah...janji dh dapat ape yg aku nak..

Agenda seterusnya lepas menyopingkan diri kitorg pegi Wangsa Maju..Jejaka Idaman bukan nak blanje kat NZ Curry House tau...tp nak g jumpa org..biznes punye hal lah kate org...malas aku nak campur..tp best wooo tmpt dorg ni bincang pasal biznes..bukan kat kedai makan (paling tidak pun dapat la jugak barang sesedut dua air kan), tp kat carwash...huh!!!!!!apadaaa...cettt..panas tau..

Tp yg lawaknye mase aritu, kitorg naik kereta lama..fiat 131..mmg old skool abis la..bunyi ngauman enjin kereta tu dah cukup membuatkan kereta2 sebelah kecut & terus bagi laluan kalau kitorg potong Q...bukan ape..kereta fiat tu kalo calar xpe beb..dah kate kereta lame..kalau kereta dorg yg kilat2 tu yg calar???mau tak haru???tp yg bagusnye kereta ni..1 kereta tp ade 4 kunci...har,har,har...1st time aku dgr kereta ade 4 kunci...kunci bukak pintu lain, kunci start enjin lain, kunci tempat minyak lain, kunci bonet belakang lain..bayangkan kalo salah 1 kunci tu hilang..?????Tp walaupun oldskool kereta ni cantik..kilat lg..dalam pun bersih..kira takde la sopak & kudis di sana sini..syabas utk tuan punye kereta..(aku & Jejaka Idaman cuma sebagai penumpang yg budiman sahaja dlm aksi ini)

contoh kereta yg digunapakai..fiat 131

sekian, jumpa lagi di lain siaran..

04 Disember 2008

Aktiviti Berfaedah Untuk Wanita Sejati

Akhirnya siap jugak jahitan manik yg memang mencabar kesabaran & keimanan aku yg mmg 'penyabar' & 'beriman' ni...(ape ko merapu ni pempuannn???)

jumpa lg di lain siaran...

Ulser = syndrome pendiam/penyombong

Untuk beberapa hari ni...mungkin juga selama seminggu aku akan mengalami syndrome "pendiam" atau "penyombong"...ini adalah disebabkan penyakit ulser yg terdapat di lidah aku ni..ulser ni membuatkan aku utk mls bercakap...kalo boleh makan pun malas tp kalo tak makan gastrik pulak..(lg 1 penyakit yg biase menyerang)..

Syndrome malas bercakap ni memang biasa terjadi..kadang2 org selalu tersalah anggap tentang perkara ni..bukan aku sengaja utk tak mau bercakap & bertegur dgn org, tp disebabkan ulser ni la..aku lebih suka me'relaxkan aktiviti bercakap kerana memberi peluang kpd lidah aku utk berehat..tp ade saja yg mengajak berbual..terutama sekali akak kejiranan aku ni...(die mmg seorang yg jenis byk bercakap)..tp aku senang dengannya..(ape cite ni??)

Apabila aku diserang penyakit ulser ni, jgn hairan pulak kenapa tiba2 aku mendiamkan diri..aku mendiamkan diri bukan kerana kecewa dalam bercinta, tercekik biji asam boi, atau mengalami kemurungan...tp disebabkan ulser..setiap kali aku mengalami ulser pasti mengambil masa yg agak lama utk sembuh..seminggu lebih mungkin..kalau berjumpa doktor mesti disarankan minum air kosong dlm jumlah yg agak byk..ni 1 lg penyakit aku..kurang minum air..tekak aku jarang2 berasa kering..sebab tu aku kurang minum air..mungkin tekak aku kurang merasa kering sebab aku pakai pelembab kulit yg biase di sapu dileher dan kemudian meresap kedalam tekak...

Tapi heran jugak..aku masih mampu utk ketawa dgn kuatnya..apatah lg diasak dgn lawak2 spastik lg mentol daripada manusia2 yg kurang normal kaedahnya..tp aku senang dengannya..(makin byk menulis makin merapu..) baik aku hentikan saja coretan aku utk hari ini..

Jumpa lg di lain siaran....

persoalan yg boleh dijawab...

apa sudah jadi dgn blog aku yg sebelumnya????
pasti ramai yg tertanya2 kenapa aku begitu 'rajin' membuat blog sehingga 2 sekaligus???Sebenarnya blog yg agak formal & peribadi itu hanyalah percubaan semata2...aku teringin sekali memadam blog aku tu memandangkan aku terlalu segan dgn kisah2 yg terlalu peribadi..aku masih lg tercari2 tujuan apakah aku membuat blog yg sebegitu rupa..(teruk sgt ke?)...

sebenarnya taklah teruk sgt..cuma aku mahukan 1 blog yg lebih santai & simple..yg lebih jelas hala tujunya..(apa yg aku merepek ni?)..yg penting aku sendiri tidak terasa seperti kesengalan bila berblogging..har,har,har...

cuma utk masa dan ketika ini, aku masih belum mempunyai idea yg bernas utk aku tulis dlm blog yg masih lg baru & panas (seperti ikan yg baru di angkat dari kuali lagaknya) ini..mungkin saja aku akan cuba memerah idea dgn cara yg agak kritikal memandangkan ingatan aku tidak berapa baik akhir2 ini...mungkin disebabkan pengambilan kerepek ubi berperisa secara berlebihan...jd, tunggu saja entry yg lain...

jumpa lg di lain siaran..

entah apa yg ingin aku tulis...???

Entah kenapa dgn manusia2 di ofis aku ni...sumenye sibuk blogging..ape yg best sgt dgn blogging ni agaknye eh???tidakkah leceh apabila perlu di'update' selalu..(selalu missed update diary boss, ini kan pula blog..hmm)..

Sbg sorg yg malas menulis & sering saje ketandusan idea utk menulis, 'benda2' seperti inilah yg aku nak elakkan..bukan ape..biasenye aku ni lebih teruk dari 'hangat2 taik ayam'...mula2 memang semangat nak tulis..lame2 hangussss...aku biarkan berkulat & berkarat mcm tu saje...tp sedarkah aku yg aku sedang berblogging????oh,tidakkkkk!!!!ni sume disebabkan virus yg dibawa oleh manusia2 di ofis aku...(sementelah aku ni jenis cepat terpengaruh)..mereka namekan virus B..

Entah sampai bila demam ini akan terus melanda..(berharap juga Bapak Lim ada blog sediri ~ teringin nak tau kisah hidup dia..jgn tulis bahasa hokkien sudah..tak paham aku) Kalau idea sentiasa bercambah dlm otak aku yg agak kotor ni, insya'allah aku akan terus berkarya melalui blog aku yg entah seberapa ini..atau mungkin 1 hari nanti akan menjadi blog antik utk tatapan & koleksi diri sendiri tanpa ada pembaca yg budiman...huhuhu..

jumpa lg di lain siaran..