15 Disember 2008

Al-Fatihah..

Minggu lepas bila aku mula masuk pejabat setelah bercuti selama seminggu (termasuk Sabtu & Ahad), aku dikhabarkan satu cerita yang amat menyayat hati..baby yg dikandung akak sepejabat telahpun meninggal dunia..meninggal dalam perut kata orang..mungkin aku tak berapa faham apa yang dia alami, tapi kejadian seperti ini pernah terjadi dalam keluarga aku sendiri..mungkin mak aku faham apa yg akak tu alami..

Bayangkan, anak sulung (yakni arwah abang aku) yg mak aku lahirkan & besarkan sehingga berumur 6 tahun 'pergi' meninggalkan mak & abah disebabkan kemalangan terjatuh dalam kawah panas..kejadian berlaku semasa adanya kenduri kendara..abang mengikut nenek pergi ke kenduri tersebut..adatlah kanak2 yg tgh nakal..manalah nenek aku sempat nak jaga lg, nak tolong org kenduri lg..entah macam mana pun aku tak tau (mak aku tak nak cerita sangat) abang aku boleh termasuk dlm kawah yg berada belakangnya..masa kejadian takde org yg nampak..bila orang nampak masa tu abang aku dah parah..kulit & daging dah melekat dengan baju..

Aku pun kurang pasti berapa lama abang aku terlantar di hospital..tak lama sangat la..sebab lepas tu abang pergi menemui Illahi..aku masih ingat lagi mak bercerita sebelum abang meninggal macam2 yg dia mintak..nak coklat (tp xboleh makan), nak permainan dia (cuma sekadar peluk sahaja)..bayangkan la bagaimana penderitaan yg dia alami..dan bayangkan pula trauma yg mak & abah aku hadapi..mungkin aku tak terasa sedih sangat sebab aku masih belum lahir lg masa tu..tp agak terkilan..kalau dia masih hidup mesti dah ramai anak2 buah aku..dan umurnya sekarang mungkin dah lebih 35 tahun..dan bukan itu saja..aku sebenarnya mempunyai seorang kakak..tp dijemput Illahi juga (meninggal dalam perut kalau tak salah aku)..seronoknya kalau aku ada kakak kan??teringin juga nak merasa kasih sayang seorang kakak - macam org lain..seronok je aku tengok..kongsi2 baju, kongsi masalah, segala macam kongsi la..tp takpelah..semua tu ada hikmahnya..

Kejadian seperti ini juga terjadi pada kakak ipar aku..bila kandungan mencecah 6 bulan, ianya terpaksa digugurkan kerana membahayakan nyawa si ibu..kebetulan baby tu adalah anak sulung bagi abang & kakak..(mak & abang kehilangan anak sulung)

Aku mungkin tak faham apa yg dialami oleh akak sepejabat, mak & akak ipar..tp aku tau bagaimana perasaan mereka..bersabarlah..setiap yg terjadi ada hikmahnya..semoga arwah abang, kakak & anak buah aku akan membantu mak & akak di akhirat kelak..

Al-Fatihah untuk Arwah..

jumpa lg di lain siaran..

Tiada ulasan: