16 Disember 2008

Lelaki/Laki-Laki/Laki Idaman

Aku macam wanita2 normal kat luar sana...yg mempunyai keinginan & citarasa tersendiri dalam memilih LELAKI sebagai pasangan hidup..aku tak kisah sekiranya dikatakan menjengkelkan dalam citarasa berpasangan..citarasa aku bukan seperti wanita lain yg memilih Anuar Zain yg sering membuatkan wanita2 menjerit dengan wajah comel sebagai calon lelaki idaman, juga bukan Que Haidar yg begitu manis dgn tahi lalat di dagunya (seperti Siti Nurhaliza), apatah lg Tomok dari kumpulan Newboys yg pernah menjadi kegilaan ketika di zaman remaja..(maaf aku tak pernah terlibat langsung)..

Jika di tanya contoh2 serta citarasa yg bagaimana aku mahukan untuk pasangan aku tu, ye, aku akan tunjukkan..

Ini adalah spesis lelaki yg aku suka..Wentworth Miller gerangannya..atau dalam siri lakonannya - Prison Break sebagai Micheal Scofield..ye, aku sukakan lelaki seperti ini..maksud aku watak yg dibawa dalam cerita Prison Break ni..bukan secara peribadi ye..watak lelaki ini lebih menjurus ke arah keseriusan yg agak melampau..jarang2 aku tengok dia tersenyum dalam cerita ni..(camne la agaknya nak senyum..dalam penjara..mana ada org suka kan?)..setiap masa memikirkan camne nak lari dari penjara..keazaman yg tinggi, kecerdikan yg bukan main2..dan yg paling penting berkarisma..memiliki renungan mata yg tajam & berkepala botak memang cukup menjelaskan bahawa lelaki ini ada karakter nakal..aku suka tu..



Ni lagi satu spesis lelaki yg menjadi kegilaan aku..Chad Micheal Murray..wajah remaja yg baru cuba2 nak menyimpan janggut & jambang ni memang aku admire..watak yg biasa dibawakan pun tak jauh beza dgn watak Scofield..tp dia tak la seserius Scofield yg susah sangat nak tersenyum..dah tentu lelaki ini mampu tersenyum sementelah dia biasa berlakon dalam cerita2 yg ada kaitan dgn cinta & remaja..cuma aku rasa hidungnya kurang mancung..tak perlu adjust..aku tetap suka..



Alamak, siapa ni??yg berani2 membuat posing sebegini rupa???cuba menggoda aku?ye..memang aku tergoda dgn lelaki ini (bukan kerana posingnya)..lelaki bernama Paul Walker ni biase2 kita jumpa dalam Fast & Furious dan beberapa sambungan cerita2 tersebut..Apa yg aku suka dgn lelaki ini, raut wajahnya yg jambu & sentiasa manis..watak yg dibawakan kelihatan cool sangat..dalam menghadapi musuh pun masih boleh tersengih2..ada daya penarik dalam diri lelaki ini..(sekali lagi, maaf..bukan secara peribadi)

Tp walaubagaimana kacak & menawannya mereka2 ini, aku lebih suka dgn buatan tempatan..(menyahut seruan kerajaan), buatan tempatan yg aku tau hati budinya secara peribadi mahupun secara tak peribadi, yg aku tau mana asal usulnya, kualitinya..walaupun tidak memiliki mata setajam Wentworth Miller, se'charming' Chad Micheal Murray & tak semanis & se'cool Paul Walker, tp aku tetap memilih untuk menjadikan dia sebagai Lelaki Idaman..dah tentu dia yg aku maksudkan bukan Fahrin Ahmad atau Remy Ishak..jauh sekali Anuar Zain..(tolong la aku tak berminat dgn lelaki ini - tak habis2 dengan sendu & mendayu2)..

Aku sukakan lelaki yg bergerak secara lasak..memang jantan habis..panjat bumbung rumah (bukan nak curi piring astro rumah sebelah), tp membetulkan mana2 atap yg bocor..membaiki paip, membuat wiring di rumah sendiri, membuat rak utk koleksi bunga2 kesayangan mak, membuat pondok utk berehat2 di luar rumah & bermacam2 lg perkara jantan yg dilakukan..xmampu aku nak menyebutnya lg..jika disuruh makan belacan, ulaman2 & durian dah tentu takde masalah yg timbul..kalau disuruh menebas lalang kat kebun pun bukan menjadi hal pada dia..Jika nak balik berhari raya pun senang..tak perlu bergaduh nak balik raya kat negara mana dulu?kitorg sama2 org tempatan kan..

Jd, jelas sekali, inilah lelaki idaman aku..


Jumpa lg di lain siaran..

2 ulasan:

jiwakacau berkata...

haha...paeis lelaki yg t'akhir kek blog ekau ni ko yg masih suci perawannyo? k3h..k3h..k3h.. xdo bukti la...hahaha

manusia~normal berkata...

perawan tuk pempuan la puaka..mmg la dia xde..xleh nak buktikan pun..