30 Disember 2008

Minah2 Vietnam bersama Kulit2 Kering Mereka...

Apa yang korang akan buat kalau org yang duduk di sebelah korg (gambarkan situasi di dalam tren) mengetis2 serpihan kulit2 kering di bibirnya dengan jari kat korang????HANGIN kan???Terasa nak sepak barang se-das dua kan...ok2, aku cerita dari mula..

Semalam, when i was on my way from Seremban to Segambut, adelah 3 orang malaun ni..orang ape ntah..Vietnam kot..2 perempuan, 1 laki..memang sungguh hampeh mereka2 ini..yg sorang (perempuan) duduk sebelah aku, another 2 mangkuk hanyun ni duk depan aku..dorang ni memang buat tren tu mcm rumah dorang la..dorang rasa selesa sangat2 (padahal yg kat sebelah2 ni dah mula rase hangin dah)..buat seats kat tren tu mcm sofa kat rumah dorang je tau..mungkin dorang lupa kot yang dorang ni tengah guna public transpot..mungkin dorang membayangkan yang dorang tengah lepak2 kat sofa sambil tengok tv layan cerita Raja Lawak musim ke-3...Minah depan aku ni dengan sebelah kaki kat atas seats..mengangkang pulak tu, mula mengopek2 kulit2 kering kat tumit kaki dia yg merekah tu..(tekak aku kembang dah ni weh..)..maka kulit2 kering itupun berguguran ke lantai...(dah boleh buat lirik lagu ni..) Dapat dilihat dgn jelas kulit2 kering itu bertaburan walaupun aku tak pakai aku punya spectacular (maksud aku spek)...

Sudah la tu, sisa kulit kering tu kalau dibiarkan semuanya jatuh menyembah lantai takpe jugak, ada separuh tu dia ketis2 sampai tercampak kat orang sebelah dia..kesian akak tu..nampak muka dia memang tensen teramat2..mungkin akak tu penyabar orangnya..diamkan je..simpan dalam hati..Tak puas lagi tu, dorang potong kuku pulak kat situ (maybe nak potong sebelum keluar rumah tapi tak sempat) laki & perempuan tu sibuk potong kuku masing2, berlumba2 sapa siap dulu kaedahnya..tak cukup 10 jari tangan sambung pulak 10 lagi jari kaki..budussss...

Aku yg asyik kesiankan kat orang tu pun rupanya senasib..yg sebelah aku ni, bila kawan dia stim kopek kulit kering kat kaki, perasaan nak bersaing tu terlalu tinggi agaknya..dia pun nak jugak..dia mula la mengopek2 kulit2 kering kat bibir dia tu..(nak kopek kulit kat tumit, maybe tumit tak kering kot), pastu kulit kering tu diketis2nya kat aku..DIULANGI AKU...!!!what a ****...mula2 aku tak perasan, tp bila akak yg teraniaya tadi pandang aku semacam je (seolah2 memberi signal bahawa malapetaka bakal muncul melalui pandangan mata dia), baru la aku perasan..memang malapetaka betul la..adelah dalam setengah jam dia mengopek2 kulit kering kat bibir dia tu (dengan harapan bibir dia akan jadi mulus & mungil la tu ..bueekkk)...tp aku pun macam akak teraniaya tu jugak..diamkan je..simpan dalam ati..nak ikutkan memang nak je aku siku muka minah tu..tp mcm biasa la aku ni...kalau marah kan aku ni diam je..so, kesudahannya camtu jelah..

so,takde beza aku dengan akak teraniaya tu..marah pun..diamkan je....

Sebelum terlupa, nak tambah dalam wish list 2009 ~ nak tegas lebih lagi, lagi & lagi..

sekian, jumpa lagi di lain siaran

Goodbye 2008, Welcome to 2009..!!!

wish list 2008:-

:: nak duduk umah sewa yg dekat sikit dgn ofis ~ misi tercapai ::
:: teringin nak pergi Genting Highland..(seumur hidup belum pernah pergi) ~ misi tercapai ::
:: Pergi Penang dengan Ekspres Rakyat (KTM) ~ misi tercapai ::
:: cuti2 Malaysia kat Cameron Highland ~ misi tercapai ::
:: beli katil ~ misi tercapai ::
:: beli handphone baru yg lebih advance dari sebelum ni (atleast ada 3G) ~ misi tercapai ::
:: tukar my spectacular (maksud aku spek) ~ misi tercapai ::
:: beli jam baru ~ misi tercapai ::
:: lancarkan edisi jalan2 ke Melaka ~ misi tercapai ::
:: tukar haruman baru (Escada S) ~ misi tercapai ::
:: daftar ke Driving Skool ~ misi tercapai ::
:: bayar study loan ~ misi masih belum terlaksana ::
:: menjadi anak yg lebih bertanggungjawab ~ misi sedang dilaksanakan ::

Kesimpulannya : mostly azam & keinginan aku dapat dicapai dengan jayanya...

kejadian2 menyedihkan ..sob..sob.. :-

:: gelang pemberian mak hilang ::
:: Jejaka Idaman accident ::

------------------------------------------------------------------------

wish list 2009 : -

:: nak dapatkan lesen kereta ::
:: beli kereta (fix asset)..tu pun kalo misi yg atas ni tercapai ::
:: beli peti sejuk & tv (fix asset) ::
:: kursus kat Sarawak/Sabah (boleh dapat ke?) ::
:: buang sikap2 yg sungguh negative.. ::
:: more productive (ngeeee..) ::
:: melancarkan edisi jalan2 ke Langkawi ::
:: buat saving byk sikit memandangkan dah ada yg sudi bagi tabung..hehe.. ::
:: tambah kilo dalam berat ::
:: lebih bertanggungjawab kepada Yang Maha Esa, Ibu Bapa, Bangsa & Negara.. ::
:: dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg sempurna ::
:: cinta direstui..(terasa ingin menangis) ::

Insya'allah..there's a will, there's a way..!!!

jumpa lagi di lain siaran...

24 Disember 2008

Ucapan Sekali Harung : Thanx & Happy New Year!!!

Since semua rajin bukak blog aku ni (khas utk pembaca2 budiman), sempena Birthday aku aritu, aku nak ucap jutaan terima kasih la kat insan2 seperti berikut:

1 - Jejaka Idaman : u rock my world!!!!
2 - Supplier Nasi Berlauk / Hazliha : thanx for the Gila Gedabak Mug..saje je nak bagi aku gemuk air kan???takde yg lebih besar lg ke???size timba punya..
3 - Kak Farihah : hehe..bagi tabung ni ade makna yg sungguh mendalam ni...
4 - semua yg wish kat aku masa birthday hari tu..wish2 yg tercicir dari tarikh sebenar pun aku tetap hargai...(masih ade yg wish walaupun dah lewat banyak hari)..anyway,thanx...
5 - Aku : mesti ada penghargaan utk diri sendiri...sebab berjaya mendapatkan apa yg dihajati / azam sebelum wat wish list yg baru..ngeeeee...

So, apa agaknya azam2 baru korang sempena nak menyambut tahun baru ni???Nak masuk tahun 2009 dah..terasa kejap je masa berlalu...gila!!tahun depan aku dah semakin tua...arggghhh..apapun azam tahun baru korang aku harap korang dapat apa yg korang hajati & dapat laksanakan dengan jayanya...Teringat plak masa zaman study dulu..time new year je mesti sibuk g sambut kat Bukit Bintang..siap overnight kt tepi jalan tu..(aku pun kurang pasti apa yg best sangat kat sana, dengan budak punk / skin bersepah2 siap gaduh lg..) tp sekarang dah stop dah wat aktiviti2 camtu..dah insap..dah terima hidayah kaedahnya...Alhamdulillah..sambut kat rumah jelah..

Tak kira korang kat mana & bagaimana cara sambutannya, aku nak ucap:

"Happy New Year & Selamat Menyambut Awal Muharram.."

Jumpa lagi di lain siaran..

22 Disember 2008

Bukan Ungu tapi Sa Nusa

Kalau sebelum ni aku suka melayan lagu2 yg biasa kedengaran di corong2 radio untuk santapan telinga aku hari2, kini semua sudah berubah semenjak beberapa hari yg lalu..setiap hari aku akan melayan rakaman video yg aku ambil masa sambutan hari jadi yg aku kira paling terindah setakat ini dalam hidup aku..Rakaman nyanyian dari band Sa Nusa yg menyanyikan lagu 'Tercipta Untukku' itu akan aku ulang tayang utk beberapa kali dalam sehari..sebelum ni bila aku dengar band asal Ungu yg nyanyi lagu tu aku rasa biasa je..(mungkin sebab lagu tu bukan ditujukan utk aku pun)..tp bila Sa Nusa menyanyikan khas utk sambutan birthday aku hari tu aku dah macam mengalami kegilaan terhadap lagu ni..hari2 wajib dengar..nasib baik masa dorang nyanyikan birthday song tu aku tak rakam..kalau tak mesti lagu 'Selamat Hari Jadi' akan menjadi santapan telinga dalam hidup aku hari2..har,har,har..sengal kan???

"Tercipta Untukku"

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Edisi : Keluh ~ Kesah

:: sigh!!! ~ internet sejak pagi lagi dah buat hal, grrrr.. ::
:: sigh!!! ~ mengambil alih tugas menjaga Big Boss..(PA dia cuti la plak di hari Isnin yg membosankan ni).. tak nak duk kat bilik PA tu..bukan ada sebarang hiburan pun..nak2 lagi internet bengong..kalau ada games atau mp3 ok gak kan.. ::
:: sigh!!! ~ kerja agak banyak (kerja yg leceh2 plak tu) ::
:: sigh!!! ~ Jejaka Idaman pun macam busy (kes terabai la ni) - bosan ::
:: sigh!!! ~ Kawan baik a.k.a Supplier Nasi Berlauk cuti hari ni..(adoiiiii, nape la suka cuti hari isnin???) ::
:: sigh!!! ~ tiba2 terasa rindu kat boss (jgn lupa boss, belikan barang satu dua tshirt edisi perlancongan kat Yogyakarta tu...), buekkk.. ::
:: sigh!!! ~ handphone asik hang lately..terasa nak baling ke lantai dari tingkat 4 je ::
:: sigh!!! ~ rumah banyak semut (menci betul la..) ::
:: sigh!!! ~ garis2 usia sudah mula kelihatan, wuuuuuuu.. ::
:: sigh!!! ~ macam tak percaya je umur aku dah meningkat hari ni..hoh????dah 25????? teringat ayat keramat mak, "abang2 ko umur 25 dah kawin dah") errrr...baik aku cepat blah..sebelum lg panjang ayat2 tu disambungkan..::

19 Disember 2008

Satu Malam Yang Indah - Candle Light Dinner



Harap maaf : Kualiti audio & visual kurang memuaskan akibat tidak menggunakan kamera berteknologi tinggi..sekadar kamera yg boleh berdering sahaja...sayang sekali kan..detik2 bermakna dalam hidup tak dapat dirakamkan dgn keadaan sempurna..
Tak apelah..yg penting aku sangat bahagia ketika ini...(beruntung sungguh dapat Jejaka Idaman yg romantik)..
to Jejaka Idaman: Thanx for everything...

17 Disember 2008

BOSAN TAHAP GABAN...!!!

Beberapa perkara utk diketahui..

:: mata ~ a bit sleepy today..but still hot in smokey eyes..(buekkk)
:: mulut ~ terasa bosan - macam nak kunyah sesuatu (Ha, tolong refill kerepek ubi berperisa ni)
:: hidung ~ gatal2 (angkara resdung kah????)
:: telinga ~ non-stop layan Katy Perry/Sara Bareilles/Jordin Sparks/Leona Lewis/Jason Mraz from 8.00 to 5.00
:: perut ~ 12.00 already..patut la terasa lapar
:: otak ~ keep thinkin' about my Jejaka Idaman/lauk pauk ape yg ade kat cafe arini
:: kaki ~ wish if i can go for shopping right now..masih ada hajat yg tak tertunai..dasar perempuan tak kenal erti puas
:: jari ~ mengetuk2 huruf di keyboard tanpa hala tuju..gila hape??

-----------------------------------------------------------------------------

:: akak kejiranan 1 ~ keluar..ada hal (pelik dgn dia ni..busy manjang walaupun takde keja)
:: akak kejiranan 2 ~ sibuk ke hulu hilir...(yg ni betul2 busy..bukan dibuat2)
:: kawan baik ~ keluar pegi beli manik..(hohhhh????gila hape???sekarang time keja la weh
:: aku ~ bersendirian..kesunyian..buntu..bosannnnnnn


tujuan entry :: takde tujuan & mesej yg ingin disampaikan..saja buang masa korang baca entry aku ni..har,har,har...

jumpa lagi di lain siaran..